Monday, December 21, 2020

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi kod subjek (KPF3012) Perkembangan pendidikan di malaysia: Falsasfah dan dasar ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Zalina Binti Ahmad, selaku pensyarah (KPF3012 KUMPULAN Q) kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Terima kasih juga kepada pensyarah kami yang telah menyediakan modul KPF3012, iaitu Zaini Bin Abdullah.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah kami Puan Zalina Binti Ahmad atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

                                                                                                 


MODUL UNIT KPF3012 (PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR)

                                                                      

Subjek ini bermula dengan unit pengenalan kepada konsep dan pengertian terhadap pendidikan, falsafah, dasar dan sistem diikuti dengan sejarah perkembangan pendidikan, falsafah pendidikan, profesionalisme keguruan, dasar pendidikan, perancangan pembangunan pendidikan, reka bentuk dan pelaksanaan kurikulum dan Akta Pendidikan 1996. Subjek ini diakhiri dengan isu-isu pendidikan di Malaysia yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dasar pendidikan dan sistem pendidikan.      

 

                                                                                               




PENGENALAN HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (KUMPULAN 18)

 

     

Memetik kata-kata dari tokoh-tokoh dunia iaitu Nelson Mandela berkata “Pendidikan adalah senjaga paling ampuh untuk mengubah dunia”. Manakala Malcolm X pula mengatakan “Pendidikan adalah tiket ke masa depan. Hari esok dimiliki oleh orang-orang yang mempersiapkan dirinya sejak hari ini”. Dalam konteks ini, generasi hari ini penentu negara pada masa hadapan sama ada maju mahupun mundur. Seperti di negara lain, Malaysia juga mempunyai sejarah pendidikan negara yang telah melalui pelbagai peringkat. Pendidikan Malaysia bermula pada era masyarakat melayu tradisional dan seterusnya diikuti oleh era penjajahan, era kemerdekaan, era pasca merdeka dan yang terakhir iaitu era masa kini dan masa depan. Pendidikan di Malaysia telah melalui saat suka dan duka serta sering berlaku perubahan demi perubahan untuk memartabatkan pendidikan di negara ini. Setiap perkembangan pendidikan mempunyai hala tuju dan falsafah pendidikan tersendiri. Namun disini kami ingin menekankan hala tuju perkembangan pendidikan dari aspek pembangunan insan dan masyarakat atau negara.

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasa...