ERA MASYARAKAT TRADISIONAL

 Hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia era masyarakat tradisional dari aspek pembangunan insan dan masyarakat 

(NUR AFIQAH BINTI MOHD RAFI -D20201093920-) 

Pembangunan Insan

 1. Proses pembelajaran untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berkebolehan dalam aspek teknik dan praktikal.


  2. Pendidikan diberi oleh ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

·         Ibu bapa khususnya memberi tunjuk ajar berdasarkan kemahiran yang dimiliki oleh mereka.

·         Mementingkan nilai, budi bahasa dan adab sopan.

·         Contohnya, yang muda menghormati yang lebih tua serta bercakap dengan sopan dan lemah lembut.

·         Mewariskan ilmu-ilmu pertukangan dan ukiran serta ilmu mempertahankan diri kepada anak-anak.


  


3. Pembangunan sekolah pondok dan madrasah untuk mempelajari bidang ilmu berteraskan kepada agama islam.

·         Pada awalnya kelas pengajian agama diadakan hanya di surau-surau dan masjid.

·         Pembelajaran agama dijalankan pada waktu petang dan malam.

·         Ustaz yang mengajar kebanyakannya berasal dari Asia Barat.

·         Anak-anak diasuh untuk membaca Al-quran, menghafal doa, hadis, tauhid, akidah dan akhlak.



4.  Pengajian pada peringkat ini mendorong kemajuan manusia dalam aspek kerohanian, pemikiran, moral dan keduniaan berdasarkan falsafah pendidikan agama melalui keunggulan pendidikan islam yang diterapkan dalam pembelajaran.




 


Masyarakat

1. Bertujuan membentuk masyarakat bersatu padu, aman dan harmoni.

·         Diantara masyarakat Melayu yang pelbagai keturunan: Melayu, Bugis, Jawa, Banjar, Kampar, Rawa, Minang, Mandailing, dan lain-lain lagi.

·         Diantara pelbagai kaum: Melayu, Cina, India, Siam, Kadazan, Iban, pribumi orang asli dan lain-lain lagi.

·         Melahirkan masyarakat yang mempunyai adab sopan, hormat antara satu sama lain dan mempunyai kemahiran yang tinggi.

 

2. Menerapkan semangat patriotisme dikalangan masyarakat.

·         Dalam masyarakat melayu, adat merupakan peraturan yang diamalkan turun-temurun dan ia merupakan hukum atau peraturan yang harus dipatuhi.

·         Melahirkan rakyat yang setia dan mendaulatkan raja.

·         Kesedaran masyarakat untuk memajukan pendidikan.


No comments:

Post a Comment

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasa...