Monday, December 21, 2020

PENGENALAN HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (KUMPULAN 18)

 

     

Memetik kata-kata dari tokoh-tokoh dunia iaitu Nelson Mandela berkata “Pendidikan adalah senjaga paling ampuh untuk mengubah dunia”. Manakala Malcolm X pula mengatakan “Pendidikan adalah tiket ke masa depan. Hari esok dimiliki oleh orang-orang yang mempersiapkan dirinya sejak hari ini”. Dalam konteks ini, generasi hari ini penentu negara pada masa hadapan sama ada maju mahupun mundur. Seperti di negara lain, Malaysia juga mempunyai sejarah pendidikan negara yang telah melalui pelbagai peringkat. Pendidikan Malaysia bermula pada era masyarakat melayu tradisional dan seterusnya diikuti oleh era penjajahan, era kemerdekaan, era pasca merdeka dan yang terakhir iaitu era masa kini dan masa depan. Pendidikan di Malaysia telah melalui saat suka dan duka serta sering berlaku perubahan demi perubahan untuk memartabatkan pendidikan di negara ini. Setiap perkembangan pendidikan mempunyai hala tuju dan falsafah pendidikan tersendiri. Namun disini kami ingin menekankan hala tuju perkembangan pendidikan dari aspek pembangunan insan dan masyarakat atau negara.

No comments:

Post a Comment

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasa...